RSS

Thursday, June 10, 2010

Bila Hati Cenderung Kepada Akhirat

Pernah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w " sesiapa yg hatinya cenderung kpd akhirat.. Allah akan KAYAkn didalam hatinya.. dan Allah akan menyelesaikan permasaalahan mrk.. dan DUNIA akan datang tanpa dia bersusah payah" maka didalam mencari kebahagiaan.. letakkan matlamat dalam diri kita utk kebahagiaan diakhirat.. insyaAllah.. kebahagiaan didunia juga akan mengiringi diri kita.. jika insan itu kaya sekalipun.. tampak diwajah nya kebahagiaan.. krn mrmpunyai harta yang byk.. ttp jika hati tiada kecenderungan kpd akhirat.. maka zahir mrk bhgia ttp batin mrk merana.. mrk x akan rasa cukup dgn harta mrk.. malahan mrk semakin risau ttg hrta mrk.. krn tiada kecenderungn HATI kpd akhirat. ttp jika hati itu cenderung kpd Akhirat.. mka.... mrk akan sentiasa rasa cukup dan bersyukur diatas kurniaan rezeki yg Allah berikan… jester u itu hati mrk bahagia.. fizikal mrk turut gembira.. contohnya.. kdg2 kita lihat org yang hanya kerja di bendang amat mudah pergi menunaikan haji di baitullah.. ttp seorg pegawai kerajaan yang gaji melebihi petani.. sukar utk pergi menunaikn haji.. alasan mrk WANG X CUKUP LAGI.. sbnrnya.. hati mrk x cenderung kpd akhirat.. krn terlalu asyik memikirkan hal2 duniawi.. menyebabkn mrk terlupa akan TUHAN YANG MEMBERI REZEKI... bkn dimaksudkn utk kita cenderung kpd akhirat dgn kita menjadi seorg yg miskin.. hny duduk dimasjid.. bkn yg itu yg ana maksudkan.. ttp.. mangamalkn syariat islam sepenuhnya.. dari segi muamalat.. perundangan.. politik dan setiap kerja yg kita lakukan perlu berlandaskn syariat.. bkn mengambil hukum islam sebhagian dan hukum manusia(civil) sebahagian.. yg dirasakn sedap dihati kita ambil.. yg dirasakn x sesuai dinaluri.. kita buang.. misalnya.. bab nikah.. bab pengurusan jenazah.. ikut islam 100%... politik.. muamalat dan jual beli.. x mngikut islam.. sehingga yang HARAM di lebel HALAL.. maka dgn itu hati kita semakin berjauhan dgn akhirat.. yg ke dua.. bila hati kita cenderung kpd akhirat.. Allah akan selesaikan masalah nya.. ada 1 kisah yg ana dapat dari ustaz ana.. berkenaan sahabatnya.. sahabat beliau bekerja di sebuah syarikat swasta di menara berkembar petronas.. yg dilihat oleh mata kasar manusia.. sesiapa yg bekerja disana maka terjamin masa hadapan.. beliau bekerja sbg pegawai CEO Manager disyarikat tersebut.. didatangkn ujian Allah. beliau x mendapat gaji selama 4 bulan berturut2.. mka setelah berita ini diketahui oleh ustaz ana.. maka ustaz ana segera 'call' sahabat nya utk bertanyakan hal tersebut.. bila ditanya.. alangkah terkejutnya ustaz ana bila sahabtanya menjawab "PENDAPATAN NYA SEKARANG MELEBIHI GAJI YANG DIPEROLEHI DARI KERJA DI PWTC" yang lebih memeranjatkn lagi... bila disoal kerja apa yg sahabatnya buat.. sahabat nya menjawab "HANYA MENJUAL KEROPOK LEKOR DAN KEROPOK KERING SHJ" ni menunjukkn bhw bila kita yakin bhw segala urusan itu adalah milik Allah.. maka dgn keyakinn itu.. Allah akan selesaikn masalah kita.. ttp.. didalam penyelesaian itu juga Allah akan uji.. adakah di bnr2 redha dgn penyelesaian yang Allah beri atau tidak.. jika di redha maka Allah akn beri berlipat ganda rezeki tersebut.. tanpa kita sangka2.. ttp jika kita ego dgn penyelesaian Allah.. mka Allah akan tarik penyelesaian tersebut.. dan kita akan hidup didalam kerugian.. krn keEGOan diri kita.. misalnya.. '[SEORG PEGAWAI MENGALAMI PERMASALAHAN DISYARIKAT YG BELIAU BEKERJA.. LALU BELIAU PULANG KEKAMPUNG DGN TUJUAN UTK MEMINJAM WANG DARI IBUNYA.. TTP ATAS CADANGN IBU BELIAU.. IBU NYA MENCDANGKN AGAR BELIAU MENGUTIP HASIL KELAPA SAWIT YG TERLETAK DIKEBUN BLAKANG RUMAHNYA MILIK PENINGGALAN ARWAH AYAHNYA.. TTP.. KRN KEEGOAN SEORANG PEGAWAI SYARIKAT.. BELIAU MENJAWAB "MAK.... SAYA PEGAWAI BESAR.. KERJA DISYARIKAT BESAR.. DUDUK DLM BILIK AIRCOND.. X KAN MAK NAK SYA KERJA LADANG.. BUSUK2.. JATUH LAH MARUAH SYA MAK.. BLN DEPAN SAYA DI NAIKKAN PANGKAT.. MANA STANDARD MAK.."] ' lihat dan perhatikan ayat tersebut.. bila beliau diberi penyelesaian... beliau ego dgn pangkat dan darjat yg dia ada.. mka Allah tarik penyelesaian yg diberi.. krn ego dan pangkat manusia hilang rasa keimanan mrk terhada Allah.. dan yang terakhir.. bila hati kita cenderung kpd akhirat.. dunia akan datang tanpa kita susah payah.. bagaimana?? misalnya... ada sestengan manusia.. bila melakukan 1 kerja dapat 1 ganjaran.. ttp ada sesetengah golongn pula mrk melakukan 1 kerja ttp Allah 3 ganjaran.. krn sesiapa yng mengajar Akhirat.. maka Dunia akan ikuti mrk.. ttp sesiapang yang hnya mencari dunia shj.. akhirat x akan mengiringi mrk.. mrk akan jauh dan semakin jauh dgn akhirat.. Wallahu a'lam..

Saturday, May 8, 2010

IBU

Alhamdulillah.. berjaya juga rancangan aku untuk membawa family ku keluar.. terutama IBUKU... mmg perancangn ku untuk belanja ibu setelat dapat gaji.. tap2.. hari ibu pun menjelang.. alang2.. belanja la sempena hari ibu.. SATEY kajang.. huhu..
Sahabat2 sekalian.. ibu adalah anugerah yang amat berharga.. hargailah semasa dia berada dihadapan mata kita.. jgn sesali jika dia pergi tanpa tiba2.. disaat kita masih menderhaka terhadap nya.. ibu... I LUV U...

Sunday, April 11, 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah



Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.